10:00 0

Jue Aziz bersama anak lelakinya

Kali terakhir nama Jue Aziz menjadi bualan orang ramai ialah ketika dirinya dikaitkan bercinta dengan bekas suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan beberapa bulan lalu. 

Namun kontroversi itu terus reda tanpa berita selepas wanita sebenar yang dikaitkan sebagai kekasih baru Aidil ialah Zarema Zainal dan sudahpun berkahwin.

Terbaru, pelakon jelita ini kembali menjadi bualan hangat peminat selepas dia dilihat begitu aktif berkongsi gambar-gambar bersama seorang bayi lelaki yang comel dan tembam menerusi akaun Instagram peribadinya.


Ada juga yang mengatakan Jue Aziz sebenarnya dah berkahwin tetapi merahsiakannya. (baca sini)


Bayi berkenaan yang dinamakan sebagai Darwish menimbulkan spekulasi tentang status terkini Jue Aziz samada sudah berkahwin atau masih membujang. Apapun, jangan terkejut dan jangan risau kerana pelakon ini memang masih single, cuma kini dia telah mengambil anak angkat dari sebuah keluarga.

Jue Aziz masih belum berkahwin dan masih single. Sekurang-kurangnya, peluang jejaka diluar sana masih terbuka untuk memikatnya. Bagi korang yang turut sama menaruh hati pada wanita cantik ini, jangan takut-takut untuk memikatnya  dan cuba layan beberapa keping gambar Jue Aziz di bawah bersama bayi angkatnya.














0 comments:

Post a Comment